Kelahiran dan dibawa lari tentera Jepun Mariam Johari

Mariam Binti Johari dilahirkan di Plentong, Johor pada 16 Mac 1921. Pada usia 11 tahun, Mariam berkahwin dengan seorang lelaki yang juga adalah jirannya. Hasil dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang anak. Bagaimanapun, anak keempatnya itu meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Walaupun begitu, keadaan mula berubah bila Perang Dunia ke-2 meletus.

Pihak Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu dan rantau Asia sekitar tahun 1942. Suami Mariam masa tu pun mula menyertai tentera. Tapi satu perkara terjadi kepada Mariam apabila dia dah diculik oleh tentera Jepun masa tengah berniaga buah kat pekan Plentong pada tahun 1943. Mariam jugak dikerahkan sebagai buruh paksa untuk membina landasan kapal terbang di Senai, Johor.

Tapi masa berkerja sebagai buruh ni, Mariam berjumpa dengan seorang tentera kerahan Jepun dari Korea yang bernama Cho Se Won. Mereka berkenalan dan mula jatuh cinta antara satu sama lain.

Jadinya lepas Jepun kalah dalam Perang Dunia ke-2, Mariam bertindak ikut Se Won balik ke Korea untuk berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga lelaki tersebut. Tapi keadaan jadi tak seperti yang dirancang bila Mariam terpaksa tinggal kat rumah Se Won selama 3 tahun!